Bahagian Latihan

Jabatan latihan kami telah ditubuhkan untuk menyedia dan menguruskan keperluan latihan mengikut keperluan semasa. Sehingga kini, kami telah berjaya melatih lebih dari 1000 orang dari seluruh Malaysia.

Antara program yang ditawarkan oleh Bahagian Latihan adalah Vendor Development Program, Vendor & Entrepreneur Development Program, Skills Upgrading Program for Small & Medium Enterprises with SMECorp, Architectural Drawing with CIDB , Finishing School, Graduates Employ ability Program (MOHE) dan yang terikini dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Ini menjadikan kami antara penyedia latihan yang berpengalaman luas.

Disamping itu, kami merupakan Penyedia Latihan HRDF dan  Pusat Latihan Fanuc yang bertauliah. Pada tahun 2016, kami ditauliahkan pula oleh City & Guilds untuk 3528-08.

Kami berpengalaman dalam pemesinan jitu, robotik, kepingan besi, kawalan kualiti dan juga program berasaskan soft skill. Bagi menjalankan latihan dengan baik, kami telah menyediakan makmal simulator, makmal robotik, makmal komputer dan studio drafting.